Sunday, June 5, 2016

Cara Buat Duit Dari Rumah

Dengan kenaikan harga barang yang tidak selaras dengan kenaikan gaji, berjimat saja tidak cukup untuk mengatasi masalah ini. Apa yang boleh dilakukan ialah meningkatkan kuasa untuk mendapatkan wang.

Bagaimana? Jawapannya, perniagaan atau bisnes. Sebelum anda buat apa-apa andaian, saya mau anda baca dan hayati quote di bawah ini:

"You can have everything in life you want, if you will just help enough other people get what they want." - Zig Ziglar

Maksudnya begini,

"Anda boleh dapat apa yang anda mahukan, jika anda membantu cukup orang dapatkan apa yang mereka mahukan."

Anda mahukan WANG.

dan

Orang (prospek, pelanggan, pengguna) perlukan (produk, servis atau perkhidmatan)

🔘 Tugas anda ialah MENCIPTA sebab yang KUAT kenapa orang harus beri WANG mereka kepada anda?

🔘 Bisnes atau perkhidmatan anda HARUS DAPAT menyelesaikan MASALAH orang lain.

🔘 Kesimpulannya, LIHAT dan SELIDIKI apa yang anda MILIKI yang dapat menyelesaikan MASALAH orang lain

Sebagai contoh realiti saya sendiri,

Saya pandai membuat air soya segar dan tau fu fah dari rumah (homemade soya) dan kemudian menjual di tepi jalan pada harga RM2 sebotol

Orang sanggup memberikan saya wang mereka untuk air soya tersebut kerana:

🔘 Ingin menikmati air soya yang segar dan tiada bahan pengawet

🔘 Mereka berasa haus dan mau minum air soya yang sejuk dan nyaman

🔘 Mereka tertarik dengan buatan air soya 'homemade' saya

Sehari saya dapat jual dalam 50 ke 100 botol. Maksudnya, pendapatan kasar saya sekitar RM100 ke RM200 sehari dan RM3,000 ke RM6,000 sebulan.

Nah, sekarang kenalpasti apa yang anda pandai lakukan yang boleh dijual. Contoh:

- Menjahit
- Buat nasi lemak
- Buat kuih-muih
- Membaikpulih / servis komputer
- Mengecat rumah
- Memotong rumput
- Mengurut kaki
- Mengajar tuisyen
- dan banyak lagi

'Mekanik kereta gaji RM2,500 - RM3,000 sebulan part-time urut tapak kaki'

Saya mempunyai seorang kawan mekanik kereta yang pandai mengurut tapak kaki. Dia melakukan kerja mengurut tapak kaki secara freelance selama 2-3 jam sehari pada, 6 hari dalam seminggu dan pendapatan beliau dalam sebulan ialah RM2,880 - lebih banyak dari pendapatannya sebagai mekanik kereta.

'Ibu tunggal buat RM2,000 sebulan jual kuih-muih'

Seorang ibu tunggal menghasilkan pendapatan bersih RM2,000 lebih sebulan dengan menjual kuih-muih dan nasi lemak di waktu pagi dan menjual air di waktu petang. Semua dilakukan di kawasan perumahan flat beliau!

Banyak lagi cerita testimoni yang tidak sempat ceritakan di sini, tapi point yang saya ingin sampaikan ialah jangan segan ataupun takut memulakan perniagaan dari rumah kerana mungkin itulah jawapan untuk menyelesaikan masalah kewangan anda.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

P.S - Salah satu perniagaan part-time yang saya jalankan dari rumah ialah bisnes simkad. Saya dibayar walaupun saya sedang tidur nyenyak. Berminat? Klik link di bawah ini.

Bisnes Simkad - Buat Duit Dengan Handphone

No comments:

Post a Comment